Thursday, 31 March 2011

saya bersyukur saya tak cantik

Kerana saya tidak cantik..
saya tidak jadi mangsa gangguan lelaki-lelaki
yang rosak akhlaknya.


Kerana saya tidak cantik..
saya dapat pelihara diri saya daripada
pandangan bernafsu lelaki yang tidak 
menjaga pandangannya.


Kerana saya tidak cantik..
saya selamat daripada menjadi senjata 
iblis mencairkan iman lelaki.


Kerana saya tidak cantik..
saya tidak mendapat fitnah dan 
cemburu daripada wanita-wanita lain.


Kerana saya tidak cantik..
saya tidak mengharapkan pujian daripada mana-mana
lelaki dan wanita,

kerana saya tidak cantik..
akhirnya saya menemui insan yang 
mencintai saya seadanya.


 kerana saya tidak cantik..
saya sentiasa mencuba untuk menjadi
cantik pada pandanganNya.
Cantik pada pandangan manusia 
bukanlah apa-apa.

p/s : cantik ka tak cantik ka setiap orang pasti 
       ada keistimewaan masing-masing.
       justeru hargailah diri anda apa pun
       caranya . jangan berasa rendah diri
       atas sebab kecantikan , kerana kecantikan 
       tak akan kekal lama .
:)

No comments:

Post a Comment